Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Amizah dan para pensyarah yang lain kerana telah menerima perancangan awal kami untuk melaksanakan kursus jalinan masyarakat ini di Rumah Safiyyah. Setelah mendapat 'green light' daripada mereka, kami telah membuat perbincangan akhir dengan kesemua ahli kumpulan kami mengenai aktiviti, perbelanjaan, senarai bahan dan yang paling penting, keadaan di Rumah Safiyyah. Memandangkan hanya seorang sahaj ahli kami yang pernah berkunjung ke sana, kami bercadang untuk membuat tinjauan awal di rumah tersebut. Setelah menghubungi pihak dari Rumah Safiyyah, mereka telah bersetuju untuk membuat mesyuarat awal sebelum projek ini dilaksanakan sepenuhnya dan menetapkan tarikh dan masa yang bersesuaian.
Pada 20 Mac 2015, wakil daripada kumpulan kami seramai 5 orang iaitu Abdullah, Izuddin, Afiqah, Raihan dan saya, Amyra telah pergi ke rumah tersebut. Seawal jam 9 pagi kami telah bertolak dari Universiti Malaya ke Rumah Safiyyah yang terletak di syeksen U10 Shah Alam. Kami berlima telah menyewa sebuah kereta selama setengah hari memandang ahli kami masih belum ada yang memiliki kenderaan sendiri
|
Kereta sewa kami |
Perjalanan dari Universiti Malaya ke Rumah Safiyyah mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang perjalanan, mulut kami tidak henti-henti berceloteh dan berbincang mengenai perkara yang bakal diutarakan semasa mesyuarat nanti.
Tepat jam 10 pagi, kami pun tiba di destinasi. Pada awalnya kami agak bingung dan terpinga-pinga kerana terdapat 2 buah studio yang mempunyai papan tanda 'Rumah Safiyyah' di hadapannya namun seorang pemuda yang merupakan tenaga pengajar di rumah tersebut telah menunjukkan kami pejabat Rumah Safiyyah yang sebenar.
|
Malu bertanya, sesat jalan |
|
Jalan menuju ke pejabat Rumah Safiyyah |
Setibanya kami di pejabat tersebut, kami disambut baik oleh pihak dari Rumah Safiyyah dan ditempatkan ke dalam sebuah bilik. Pada dinding bilik tersebut ada ditampal jadual bulanan bagi kanak-kanak yang menetap di Rumah Safiyyah.
|
Abdullah dan Izuddin yang sibuk meneliti jadual kanak-kanak di Rumah Safiyyah |
Seorang wakil dari Rumah Safiyyah pun masuk ke dalam bilik tersebut dan mesyuarat dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri. Kami pun menyatakan tujuan kami hadir ke situ untuk meninjau suasana di rumah tersebut dan untuk membuat perbincangan akhir secara bersemuka berkenaan dengan aktiviti kami, tarikh untuk melaksanakan aktiviti, cara untuk mengendalikan kanak-kanak di rumah tersebut dan sedikit tinjauan di kawasan berhampiran Rumah Safiyyah.
|
Sebelum mesyuarat bermula |
|
Wakil dari Rumah Safiyyah |
|
Raihan sedang mencatat minit mesyuarat dengan tekun |
Tidak lama kemudian, seorang lagi wakil dari Rumah Safiyyah yang lebih mesra dengan panggilan 'mummy' masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Beliau banyak menceritakan latar belakang rumah tersebut dan bercerita mengenai kehidupan penghuni di sana. Katanya, Rumah Safiyyah sekarang mempunyai 2 buah studio, 1 asrama lelaki, 1 asrama perempuan dan dalam proses untuk membuka sebuah sekolah perlindungan yang akan menerima pelajar daripada rumah perlindungan sahaja. Banyak kisah menarik yang sempat beliau kongsikan kepada kami.
|
Mummy meneliti kertas kerja yang telah kami email lebih awal |
Setelah selesai perbincangan, kami telah dijamu dengan sedikit kuih dan air.
|
Abdullah setelah kekenyangan dan Izuddin masih seronok menjamu selera |
|
Kasih-sayang antara ahli kumpulan |
|
Kuih |
Sedikit tinjauan di studio, asrama dan padang untuk melaksanakan aktiviti bersama-sama anak-anak di Rumah Safiyyah nanti.
|
Studio 1 |
|
Studio 2 |
|
Studio 2 |
|
Studio 2 |
|
Studio 2 |
|
Asrama perempuan |
|
Asrama perempuan |
|
Asrama perempuan |
|
Kawasan perumahan Rumah Safiyyah |
|
Padang |
|
Kata-kata terakhir sebelum berpisah |
Secara keseluruhannya, mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Kami berharap agar projek ini membuahkan hasil bukan sahaja dengan memenuhi kurikulum kursus jalinan masyarakat, tetapi juga dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kami semua.
|
When you put faith, hope and love together, you can raise positive kids in a negative world |
- Amyra-