Thursday, March 26, 2015

Rumah Safiyyah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada minggu kedua, kami telah membuat perbincangan mengenai projek yang bakal kami laksanakan bagi memenuhi kurikulum subjek jalinan masyarakat. Semasa proses perbincangan tersebut, Izuddin telah mencadangkan untuk kami berkunjung ke Rumah Safiyyah dan membuat aktiviti jalinan masyarakat bersama anak-anak yang berada di situ.

Sebelum mencapai kata sepakat, kami telah mencari sedikit sebanyak maklumat berkenaan Rumah Safiyyah melalui facebook dan Izuddin yang pernah berkunjung ke sana juga memberikan banyak maklumat mengenai Rumah Safiyyah. Katanya, rumah tersebut merupakan rumah perlindungan bagi kanak-kanak berumur 17 tahun dan kebawah. Penghuni rumah itu bukanlah dari golongan anak-anak yang sudah kehilangan ibu atau ayah tetapi mereka merupakan anak-anak yang kurang bernasib baik kerana diabaikan oleh ibu bapa mereka. Pada peringkat awal, kami menerima maklumat bahawa seramai 62 orang kanak-kanak yang menghuni Rumah Safiyyah dan penghuni termuda baru berumur 6 bulan.

Papan tanda di hadapan Rumah Safiyyah


Setelah mendapat persetujuan daripada Abdullah yang merupakan pengarah projek ini dan mencapai kata sepakat, kami bersetuju untuk menghubungi pihak Rumah Safiyyah untuk menyatakan hasrat kami mengenai kursus ini disamping dapat memberikan bantuan. Alhamdulillah respon yang positif telah diberikan oleh pengetua Rumah Safiyyah ini dan kami semua juga telah bersetuju dan tidak sabar-sabar untuk memulakan aktiviti bersama mereka.

Berikut merupakan gambar yang diambil dari laman facebook Rumah Safiyyah dan bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian di sana :

Mereka makan bersama-sama dengan sopan, tertib dan teratur.

Pengisian rohani antara waktu Maghrib dan I'syak

Kelas pemulihan perlu dijalankan sebelum memasukan kanak-kanak ini ke sekolah biasa
-Amyra-

No comments:

Post a Comment