Thursday, March 26, 2015

Pembentangan kertas kerja.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada tarikh 13 March 2015, kami dikehendaki untuk membentangkan hasil perbincangan kami kepada pensyarah dan penasihat yang mengendalikan kursus Jalinan Masyarakat bagi jabatan matematik. Pembentangan tersebut bertujuan untuk menunjukkan perancangan kami untuk melaksanakan projek jalinan masyarakat ini dan untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat supaya projek yang kami bincangkan dapat memenuhi kurikulum kursus ini.

Kami menghantar Faqihah dan Atikah sebagai wakil daripada kumpulan kami untuk membentangkan perancangan dan hasil kerja kami sepanjang projek ini bakal berlangsung. Faqihah dan Atikah kelihatan agak berdebar semasa proses pembentangan idea tersebut namun pujian perlu diberikan kerana mereka telah berani tampil ke hadapan walaupun di hadapan khalayak ramai.

Faqihah dan Atikah yang sedang membuat pembentangan

Sebahagian daripada pelajar jabatan Matematik yang mengambil kursus Jalinan Masyarakat

Kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana pembentangan tersebut berjalan dengan lancar. Para pensyarah menunjukan respons yang positif dan membantu menambahbaik perancangan kami. Berikut merupakan slide presentation kami yang telah dibentangkan oleh Faqihah dan Atikah pada hari tersebut :














-Amyra-

No comments:

Post a Comment