Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Sebagai ketua kumpulan Jalinan Safiyyah, saya megucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat kumpulan saya, Dr. Amizah Malip, pihak Rumah Safiyyah dan tidak dilupakan juga semua ahli kumpulan saya kerana telah bersama-sama menjayakan program ini iaitu Jalinan Safiyyah. Kerjasama yang diberikan membolehkan program ini berjalan dengan lancar.
Sangkaan saya pada permulaan program ini adalah Rumah Safiyyah ini sama seperti rumah-rumah anak yatim iaitu anak-anak yang kehilangan ibubapa tetapi sangkaan saya salah sama sekali. Rumah Safiyyah merupakan sebuah Shelter Home, rumah yang menempatkan anak-anak atau ibu-ibu yang mengalami masalah keluarga. Rumah ini dijadikan tempat transit bagi mereka sehingga masalah selesai.
Pertama sekali, melalui program ini, saya mendapati pemikiran saya lebih terbuka terhadap masyarakat. Masih terdapat masyarakat yang prihatin dengan salah satu masalah negara Malaysia iaitu masalah gelandangan. Sebelum ini, saya merasakan masalah ini tidak serius sehinggalah saya mengetahui masih ramai lagi penduduk Malaysia yang bergelandangan. Oleh itu, setiap pelajar patut memberi lebih perhatian dengan masalah masyarakat terutamanya masalah gelandangan.
Selain itu, saya juga mendapat peningkatan dalam cara berkomunikasi dengan masyarakat. Sebelum ini, saya kurang bercakap dengan masyarakat dan kurang memberi idea untuk kumpulan saya. Program ini membuatkan saya lebih yakin untuk berinteraksi dengan masyarakat luar. Bukan itu sahaja, saya juga berasa lebih bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diberi oleh Tuhan. Bukan semua manusia bernasib baik contohnya anak-anak Rumah Safiyyah. Penglibatan bersama mereka menyedarkan saya bahawa sesuatu benda patut dikongsi bersama-sama.
Akhir sekali, program ini, Jalinan Safiyyah, telah dijalankan dibawah subjek Jalinan Masyarakat yang digalakkan oleh Universiti Malaya kepada mahasiswanya. Subjek ini menekankan interaksi antara mahasiswa dengan masyarakat luar. Subjek ini juga menambah nilai tambah dalam diri mereka. Nilai-nilai inilah yang dicari oleh syarikat-syarikat dalam diri mahasiswa yagn baru sahaja menghabiskan pengajian.
Sekian, terima kasih.
-Abdullah-
No comments:
Post a Comment