Wednesday, June 3, 2015

Refleksi Peribadi Raihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selesai sudah program jalinan masyarakat bersama anak- anak di rumah perlindungan safiyyah. Sungguh diri ini banyak mempelajari perkara-perkara baru hasil daripada program ini. Alhamdulillah diri ini dikurniakan dengan serba-serbi kemewahan dalam hidup. Program ini mengajar aku erti kesyukuran. Melihat kehidupan anak-anak rumah safiyyah yang sungguh jauh berbeza latar belakang mereka jika dibandingkan dengan aku. Gelagat anak-anak safiyyah mengembalikan kenangan hidup ketika zaman kanak-kanak. Kesabaran dan keikhlasan penting semasa mengendalikan aktiviti bersama anak-anak safiyyah. Dan alhamdulillah juga aku diberi peluang bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan yang tidak banyak kerenah. Pihak pengurusan rumah safiyyah juga memberi layanan yang baik kepada kami.

-Raihan-

No comments:

Post a Comment