Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur alhamdulillah diatas limpah kurniaanNya yang telah membantu kami dalam melaksanakan projek Jalinan Safiyyah dibawah program Jalinan Masyarakat. Sebelum projek Jalinan Safiyyah dimulakan, pelbagai perasaan tergambar apabila kami dikehendaki berurusan dengan kanak-kanak kecil bagi projek ini. Saya berasa teruja dan gembira kerana berurusan dengan kanak-kanak dalam satu-satu projek adalah pengalaman baru bagi saya. Disamping itu, saya juga berasa kecewa dan sedih apabila mengenangkan cuti hujung minggu yang bakal saya korbankan.
Setelah bermulanya program Jalinan Safiyyah ini, perasaan saya berubah pada jam pertama menjejakkan kaki di lapangan projek kami, Rumah Safiyyah. Melakukan aktiviti sehari suntuk bersama mereka cukup untuk membuat sesiapa sahaja jatuh sayang dan rindu akan mereka. Sifat semulajadi kanak-kanak yang periang, lincah, dan sukakan perhatian banyak memberi pengajaran kepada saya. Permulaan kehidupan mereka mungkin tidak seperti yang dilalui oleh orang lain. Mereka terlebih dahulu merasai keperitan hidup. Tetapi, atas kemuliaan hati masyarakat yang prihatin, mereka dibantu untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang punyai kehidupan yang normal.
Hal ini telah membuka mata hati saya dimana saya harus lebih banyak bersyukur diatas kurniaan nikmat yang tidak semua orang peroleh. Pada masa yang sama, ia juga membuka mata kepala saya seluas-luas nya tentang keadaan sebenar masyarakat diluar sana. Terdapat banyak lagi masalah dalam negara ini yang dilepas pandang oleh masyarakat. Contohnya masalah gelandangan anak-anak terbiar. Golongan ini bukan sahaja terbiar, malah dicaci dan dihina masyarakat. Tambahan pula, usaha membela nasib mereka juga kadang kala mendapat tohmahan dari sesetengah pihak yang kurang prihatin.
Alhamdulillah melalui program ini, banyak yang saya pelajari seperti nilai kesabaran, keikhlasan, dan cara yang betul untuk berinteraksi dengan masyarakat, terutama kanak-kanak. Selain jalinan mesra bersama masyarakat, kami sekumpulan juga terjalin silaturrahim kerana ahli kumpulan telah memberikan kerjasama yang padu sepanjang projek berlangsung.
Sesungguhnya, program ini telah mencapai objektifnya, dimana jalinan mesra bersama masyarakat telah berjaya dijalinkan disamping pengajaran yang kami peroleh secara individu.
-afiqah
No comments:
Post a Comment