Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi projek Jalinan Masyarakat iaitu Jalinan Safiyyah. Bersyukur kehadrat ilahi kerana kumpulan kami telah Berjaya menyempurnakan tugasan ini dan kami sangat berbesar hati kerana telah menyempurnakan tugasan ini dengan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa kita perlulah sentiasa bersyukur akan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita kerana masih ramai insan diluar sana yang nasibnya tidak sebaik kita. Seperti anak-anak di Rumah Safiyyah dimana rata-rata daripada keluarga yang pelbagai latar belakang, ada yang daripada ibu –bapa kedua-duanya penagih, keluarga bermasalah dan banyak lagi. Selain itu program ini banyak melatih saya untuk lebih bersabar. Menguruskan kanak-kanak di Rumah Safiyyah bukanlah suatu perkara yang mudah kerana mereka mempunyai ragam masing-masing. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan sarapan pagi untuk kami.
. Situasi ini juga menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan kami, tanpa mengira kaum, bangsa dan ras.
Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi menjayakan sesuatu perkara.. Jadi, jelaslah di sini bahawa program jalinan masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.
Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita
Secara keseluruhannya, program jalinan masyarakat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membantu insan yang lebih memerlukan.
-Faqihah-
No comments:
Post a Comment