Tuesday, June 2, 2015

Refleksi Peribadi Ariz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  Pertama sekali saya ingin megucapkan terima kasih kepada supervisor kami iaitu Dr.Amizah dan juga rakan-rakan kumpulan jalinnan masyarakat kerana telah berjaya memberikan tunjuk ajar dan telah menjayakan program khidmat masyarakat kami.Kumpulan jalinan masyarakat kami telah ditugaskan untuk pergi ke Rumah Safiyyah  di Shah Alam untuk melakukan beberapa program dengan kanak-kanak Rumah Safiyyah.

  Pada mulanya, saya sangka kursus jalinan masyarakat ini tidak memberi faedah dan tidak menepati bidang pengajian kami.Hal ini demikian kerana kami terpaksa menghabiskan banyak masa, duit dan tenaga untuk kursus ini.Namun setelah menghabiskan program ini, sangkaan saya telah salah malah banyak faedah yang telah kami perolehi.Oleh itu, saya telah menyedari bahawa pentingnya kursus jalinan masyarakat untuk semua pelajar-pelajar univesiti untuk kegunaan masa hadapan apabila memulakan kerjaya.

  Pertama sekali, melalui program ini, saya telah banyak belajar cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat dan menguruskan sesebuah program atau organisasi.Saya juga telah belajar cara-cara untuk bekerja secara berpasukan.Jika dibandingkan dengan sebelum ini, saya amatlah kekok untuk berinteraksi dengan masyarakat dan tidak tahu cara-cara untuk mengagihkan tugas ketika melakukan projek berpasukan.Namun sekarang saya sudah tahu cara untuk mengendalikan masalah berkaitan dengan masyarakat.

  Bukan itu sahaja, saya juga telah dibukakan hati untuk menyelami masalah hidup masyarakat yang datang dari keluarga bermasalah.Ketika di Rumah Safiyyah, saya lihat kanak-kanak yang datang dari "broken family" dan mereka bukanlah seperti yang kita sangkakan iatitu tidak berdisiplin,nakal dan selekeh tetapi mereka juga seperti kanak-kanak lain yang mempunyai keluarga sempurna.Mereka memerlukan kasih sayang dan pendidikan yang cukup untuk membesar seperti manusia normal.Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat sekeliling terutama orang-orang kaya untuk membantu kanak-kanak terbiar ini kerana mungkin merekalah yang akan mengubah dunia pada masa hadapan.

  Akhir sekali, kursus jalinan masyarakat wajar dilaksanakan di setiap universiti di Malaysia supaya pelajar-pelajar tahu cara untuk menguruskan diri tidak hanya pandai di atas kertas dan peperikasaan.Kemahiran "soft skill" adalah satu kemahiran yang amat penting ketika di alam pekerjaan kerana banyak interaksi dengan masyarakat ketika bekerja tidak kira dalam bidang akademik mahupun industri.Oleh itu, kuasailah "soft skills" anda ketika di peringat universiti.

Sekian, terima kasih.

-ariz-

No comments:

Post a Comment