Thursday, May 21, 2015

Majlis Penutup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tanggal 4 Mei mungkin  merupakan hari terakhir kami bersama dengan kanak-kanak Safiyyah. Tetapi ini bukanlah penamat akhir jalinan kami terhadap Safiyyah kerana saat tersebut adalah salah satu memori yang sangat indah dan tidak dapat dilupakan.

Kami tiba di Rumah Safiyyah pada pukul 12.30 tengah hari. Kami disambut dengan begitu meriah.Anak-anak Safiyyah telah tiba dan beratur menunggu ketibaan kami.

Hadiah kenangan kepada Rumah Safiyyah


Hari terakhir
Majlis kesyukuran bersama siswa siswi Universiti Malaya sangat bermakna buat kami. kami dijamu dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Kami menikmati hidangan tersebut bersama kanak-kanak Safiyyah dan staf-staf di situ. Sungguh seronok dapat melihat senyuman dan gelak tawa mereka.

"Syukran Jazilan Siswa-siswi UM :)"

Ceria

Jamuan makan
Kemudian, kami solat Zuhur secara berjemaah. Acara penutup bermula setelah selesai solat berjemaah. Acara ini dimulai dengan bacaan doa oleh salah seorang staff Rumah Ssfiyyah tersebut diikuti dengan ucapan dan kata-kata aluan daripada pengurus rumah tersebut. Kemudian, Imran, ketua kami pula memberi ucapan penghargaan kepada kanak-kanak Safiyyah. Tidak dilupakan juga kepada staff-staff Safiyyah yang menyambut kami dengan mesra.

Solat jemaah terakhir bersama-sama anak-anak Rumah Safiyyah

Anak-anak Rumah Safiyyah
Anak-anak Safiyyah kemudian membuat persembahan untuk kami. Mereka menyanyi beberapa buah lagu sambil menari.sebak bila melihat betapa mereka bersyukur ada pihak yang meraikan mereka. Kami juga tidak lupa bergambar dan berselfie bersaa mereka sebagai tanda kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kami juga mengadakan jamuan pizza oleh kami  bersama warga Safiyyah dan menyumbang beberapa barang keperluan dapur. Sebak bila melihat mereka gembira dengan sedikit sumbangan yang tak seberapa pada pandangan mereka.


Masing-masing teruja menunggu persembahan
Kami juga diberi penghargaan apabila pengurus Rumah Safiyyah memberikan sijil penghargaan kepada kami. Kami berasa sungguh terharu, kami juga tidak lupa untuk memberi cenderhati sebagai tanda kenangan kepada Rumah Safiyyah iaitu kad saiz besar berserta dengan gambar-gambar polaroid yang terkandung kenangan indah kami bersama mereka.

Abdullah menyampaikan hadiah kenangan daripada kami kepada Kak Aza

Penyampaian sijil


Penyampaian sijil

Group photo

Penampakan keterujaan seorang guru

Syazwan terhimpit 

"Dah macam artis dah aku" - Atikah
Setelah puas mengambil gambar bersama, kami makan pizza yang kami beli sebelum tiba di Rumah Safiyyah bersama-sama dengan penghuni Rumah Safiyyah. Kami berasa sangat bahagia dan seronok melihat mereka ceria dengan pemberian kami yang tidak seberapa itu berbanding dengan memori yang telah kami lalui selama beberapa kali membuat aktiviti bersama.

Sedap

Berebut pizza
Tibalah masa untuk kami berpisah dengan mereka kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, kami berjanji moment ini tidak akan terhenti di sini. In shaa Allah jika umur masih panjang, kami akan melawat mereka jika berkesempatan.

Beratur merupakan keutamaan mereka

Persembahan akhir sebelum bersalaman dan berpisah

Ariz tenang walaupun dalam hati sedih

Faqihah sempat ber-selfie
Amyra bersama dua beradik Zarif
Pengalaman sebegini merupakan sesuatu yang baru bagi kami dan ianya meninggalkan kenangan yang sungguh bererti untuk diingati. Semoga bertemu lagi adik-adik manis. Semoga menjadi anak yang berguna pada masa hadapan. Kakak-kakak dan abang-abang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik-adik.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana sesungguhnya masih ramai lagi yang kurang bernasib baik di luar sana. Jangan bandingkan diri kita dengan mereka yang berada di atas, tetapi bandingkan diri dengan mereka yang berada di bawah kerana barulah kita akan mengerti apa makna bersyukur. Alhamdulilah..

-Atikah-

No comments:

Post a Comment