Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Adik-adik di Rumah Safiyyah kelihatan sungguh teruja untuk memulakan permainan pertama mereka bersama kami. Apabila kami menyuruh mereka membuat origami roket, adik-adik lelaki menjerit keriangan manakala adik-adik perempuan turut memberi reaksi yang sama.
|
Penerangan mengenai permainan |
Pelbagai bentuk roket yang telah mereka cipta berdasarkan kreativiti masing-masing dalam masa 10 minit.
|
Syazwan fokus membuat roketnya |
|
Proses menyiapka roket |
|
Roket sudah siap, masa untuk menghias |
Seterusnya, pertandingan melancarkan roket masing-masing bermula. 5 orang akan melancarkan roket pada waktu yang sama. Pencapaian kelajuan dan kejauhan roket ciptaan adik-adik Rumah Safiyyah sungguh mengagumkan.
|
Semua orang tidak sabar untuk melancarkan roket masing-masing |
|
Bersedia |
|
Roket dilancarkan dengan jayanya |
|
Adik perempuan juga begitu teruja untuk melancarkan roket masing-masing |
|
Tidak ketinggalan, Abdullah dan Izuddin |
Namun ada segelintir adik-adik yang kurang berjaya kelihatan agak muram dan ada yang menitiskan air mata.
|
Atikah memujuk |
|
Farhan memujuk |
|
Afiqah memujuk |
Bagi menceriakan kembali situasi, adik Hazimi, pencipta roket terbaik telah dipanggil ke hadapan untuk mengajar kawan-kawannya yang lain cara membuat roket yang terbaik. Alhamdulillah adik Hakimi berjaya mengajar kesemua kawan-kawannya, termasuklah kami.
|
Adik hakimi berkongsi rahsia kejayaan roketnya |
Aktiviti ku ingin terbang ini mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu:
· Memberi kesedaran kepada adik-adik berfikir secara kreatif untuk berjaya.
· Mengajar adik-adik supaya berkongsi ilmu untuk berjaya
· Melatih adik-adik menjadi seorang yang inovatif.
· Menekankan kepada adik-adik agar hanya mengambil nilai positif daripada orang lain untuk mencapai kejayaan.
-Raihan-
No comments:
Post a Comment