Saturday, May 16, 2015

Minggu pertama (I'm not the only one)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

  Setelah permainan ku ingin terbang tamat, adik-adik tidak sabar untuk bermain permainan seterusnya. Kira-kira pukul 12.00 tengah hari, kami memberi arahan supaya adik-adik beratur dan kemudian membahagikan mereka mengikut 4 kumpulan. Setiap kumpulan ditemani oleh 2 orang daripada kami. 
Antara kumpulan yang diagihkan

Halaqah
Kemudian kami memberikan kain yang berwarna warni kepada setiap adik-adik. Mereka begitu teruja kerana mereka memang menggemari aktviti yang melibatkan kreativiti. Permainan ini dinamakan I,m not the only one. Aktiviti ini dimulakan dengan mencorakkan dan menggunting megikut kreativiti setiap adik masing-masing. 

Pengagihan kain
Mereka juga dibimbing dan dipantau oleh kami agar setiap objektif kami untuk melihat kekreatifan adik-adik tercapai. Setiap daripada kami begitu seronok  melihat keseronokan dan kebebasan adik-adik berfikir di luar jangkaan untuk mengubah kain yang biasa menjadi seuatu yang luar biasa. Kami memberi adik-adik masa sebanyak 30 minit untuk menyelesaikan misi adik-adik.

Masing-masing bersemangat menyiapkan karya

Bantuan diberikan oleh Shairah 

Antara idea kreatif anak-anak Safiyyah

Universiti Malaya :)

Farhan membantu 

Amyra dan Raihan berganding bahu

Semangat berpasukan

Salimah dan karyanya
Lebih kurang kam 12.30 tengah hari, mereka masih lagi belum selesai membuat bentu yang mereka inginkan. Oleh itu kami bercadang untuk berhenti seketika untuk memberi laluan kepada anak-anak ini untuk makan, solat zohor dan tidur sebentar. Buat pengetahuan semua, setiap hari anak-anak ini dikehendaki untuk tidur selama setengah jam selepas solat zohor untuk memberi kecergasan kepada mereka dalam menjalani aktiviti seterusnya.

'Take a nap'

Ada yang tidur, ada yang celik

Tidak melepaskan peluang untuk tidur sebentar

Setelah mendapat rehat yang secukupnya, aktiviti pun diteruskan. Sebelum menyambung kembali slot 'i'm not the only one', Izuddin meminta untuk anak-anak ini membuat sedikit aktiviti regangan badan memandangkan mereka baru sahaja bangun dari tidur. Izuddin mengetuai senaman lompat bintang.

Masih lesu setelah bangun baru tidur

Sedikit 'refreshing' setelah bangun dari tidur
 Aktiviti diteruskan lagi. Setelah itu, kami memberikan arahan kepada adik-adik untuk membuat bulatan besar dan memberikan kertas A4 putih kepada setiap daripada mereka. Mereka diminta untuk memijak kertas tersebut. Sebelum memulakan permainan, kami juga menunujukkan demo supaya adik-adik lebih memahami cara permainan tersebut. 


Atikah memberi arahan

Demonstrasi
  Permainan dimulakan dengan memberi arahan “ siapa yang ada kain warna kuning”. Adik-adik yang mmepunyai kain warna kuning perlu menukar tempat mereka dengan pantas kerana salah satu kertas akan dicuri oleh kami. Adik-adik yang lambat menukar tempat akan tersingkir. Permainan ini semakin meriah setelah hanya beberapa orang sahaja yang tinggal dan pemenang bagi permainan ini adalah Hakim.

Mereka yang licik menukar tempat dengan rakan yang berhampiran sahaja

Seperti biasa, apabila kanak-kanak bermain, pasti akan berlaku kemalangan kecil dan kecederaan. Walaupun begitu, kecederaan yang dialami tidaklah begitu serius dan kami mendapatkan bantuan dari guru mereka sebagai rujukan.

Haikal yang tidak sengaja terpatah gigi kerana terhantuk kepala rakannya

Afiqah memujuk Linda kerana kalah dalam permainan

Abdullah juga sedang berusaha memujuk


 Permainan ini ditamatkan dengan memberi beberapa refleksi kepada adik-adik bahawa:
1) Tiada apa yang mustahil untuk kita melaksanakan sesuatu menjadi sesuatu yang luar biasa.
2) Memberi kesedaran kepada adik-adik bahawa bukan kite sahaja yang perlu hadapu dugaan.
3) Sebagai pelajar, kite haruslah fokus terhadap apa yang disampaikan dan menumpukan perhatian ketika menuntut ilmu.
4) Orang yang lambat selalu rugi. Kite seharusnya mempunya daya bersaing dan berlumba-lumba mengejar ilmu.
5) Kite juga perlu pandai menyesuaikan  diri dengan apa jua suasana baru.
6) Kite juga perlu bersedia dari segi fizikal dan mental terhadap apa jua yang berlaku di sekeliling.
7) Hidup ni umpama roda, tak semestinya kite berada di atas dan tidak semestinya kita berada di bawah.

-Atikah-

No comments:

Post a Comment