Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Selesai sudah minggu ketiga. Banyak aktiviti yang menyeronokkan dan input yang kami kongsikan bersama anak-anak Safiyyah. Kami memulakan aktiviti dengan refreshing sebagai 'booster' kepada anak-anak seperti biasa. Nampaknya, kali ini mereka lebih bersemangat dan terhibur dengan kami.
Permainan Wreck it Ralph merupakan aktiviti setelah refreshing dibuat. Aktiviti ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama dalam diri anak-anak Safiyyah. Ini dapat dilihat apabila mereka bersungguh-sungguh memeluk sesama sendiri bagi mengelakkan daripada kumpuan mereka daripada kalah. Tetapi ada juga sesetengah daripada mereka yang mengetepikan semangat kerjasama apabila mereka menolak kawan-kawan mereka demi memastikan kumpulan mereka menang. Ada juga yang terguris dengan perbuatan mereka itu. Yang paling menghiburkan kami adalah apabila Haikal menunggu peluang untuk memastikan kawan mereka kalah. Kerjasama antara ahli kumpulan amat penting dalam permainan ini. Menerusi permainan ini juga, kita dapet mengenali musuh sebenar dan bersedia sekiranya berlaku perbuatan khianat.
Kemudian, aktiviti diteruskan dengan permainan Bang Bang Boom. Menguji ketangkasan anak-anak Safiyyah merupakan objektif permainan. Sesiapa yang lambat akan dikira tersingkir. Seperti biasa, yang kalah akan terguris. Yang terguris pernah meluahkan kepada kami bahawa mereka tidak pernah kalah dalam permainan sebelum ini dan ini merupakan kekalahan pertama mereka. Terhibur kami mendengarnya dan kami memberi mereka semangat supaya teruskan dan tidak putus asa. Seterusnya adalah permainan boom boom chaki. Mereka kali ini sangat teruja untuk memainkan permainan ini buat pertama kalinya. Permainan ini mengajar mereka supaya lebih fokus dalam setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan serta melatih mereka untuk peka dengan keadaan sekeliling. Sekian, terima kasih.
-Syazwan-
No comments:
Post a Comment