Selesai minum pagi, aktiviti diteruskan dengan permainan seterusnya iaitu Bang Bang Boom. . Permainan dimulakan dengan membuat bulatan besar. Seorang wakil akan berada ditengah bulatan untuk menembak insan yang terpilih. Apabila ditembak, insan tersebut perlu duduk dan orang yang berada disebelahnya perlu tembak antara satu sama lain dengan pantas sambil menyebut perkataan 'boom'. Sesiapa yang lambat atau tidak membuat pergerakan yang sepatutnya akan tersingkir. Pemenang ditentukan dengan pemain yang berjaya kekal apabila semua ahli lain tersingkir.
Bulatan
Shairah menembak
Hampir ke pusingan akhir
Pemenang
Laju bertindak
Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji ketangkasan dan fokus para pemain.
No comments:
Post a Comment