Saturday, May 16, 2015

Minggu pertama (perjalanan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan, kami sebulat suara telah memilih tarikh 29 Mac 2015 iaitu pada hari Ahad sebagai tarikh untuk melaksanakan program jalinan masyarakat bersama dengan anak-anak Rumah Safiyyah buat kali pertama.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, kami semua telah berkumpul di Kafe Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah untuk bersarapan sebelum berangkat ke Rumah Safiyyah. Kami semua begitu bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan mereka.

Usai makan, kami terus bergerak ke destinasi dengan menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal. Kereta tersebut merupakan kepunyaan ayah Abdullah manakala motosikal tersebut dimiliki oleh Farhan. Seramai 9 orang berjaya dimuatkan ke dalam kereta tersebut memandangkan saiz kereta yang besar dan baki lagi 2 orang menaiki motosikal.

Masing-masing teruja

Motosikal Farhan

Kereta Abdullah
Let's do this


No comments:

Post a Comment