Thursday, May 21, 2015

Minggu ketiga (Wreck-it-Ralph)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masing-masing bersemangat setelah tamat aktiviti refreshing. Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan wreck-it-ralph.

Syazwan memberi taklimat permainan
Permainan ini dimulakan dengan membahagikan anak-anak ini kepada 4 buah kumpulan. Kemudian setiap kumpulan diberikan beberapa helaian surat khabar. Surat khabar tersebut akan dipijak dan setiap ahli kumpulan mestilah berada dalam kawasan surat khabar tersebut. Kami pula bertindak sebagai buaya. Tugas seorang buaya adalah mengoyak sedikit demi sedikit kertas surat khabar tersebut sehingga menjadi semakin kecil. Sekiranya ada kaki yang terkeluar daripada kawasan surat khabar, beliau kalah. Permainan ini dimenangi oleh kumpulan yang paling lama bertahan.

Syazwan mengagihkan surat khabar

Berhimpit atas surat khabar

Janngan jatuh ya

Shairah menakut-nakutkan mereka

Atikah senyum sebelum bertindak kejam

Farhan bertindak kejam

Afiqah juga kejam

Haikal menunggu peluang untuk membunuh ahli kumpulannya




Pengajaran yang dapat dijadikan iktibar daripada permainan ini ialah :
1) Kerjasama antara ahli kumpulan
2) Mengenali musuh yang sebenar
3) Bersedia sekiranya berlaku perbuatan khianat

Selesai permainan ini, kami semua pun dijemput untuk minum pagi.

Najib merajuk tidak mahu makan

Anak-anak lelaki

Anak-anak perempuan


-Amyra-

No comments:

Post a Comment