Thursday, May 21, 2015

Minggu kedua (Aktiviti santai)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah solat Zuhur berjemaah, kami melakukan aktiviti santai iaitu menonton wayang di studio. Kami menonton beberapa filem seperti Spongebob Squarepants. Filem ini dalam bahasa Inggeris dan tidak ditayangkan dengan sari kata namun begitu anak-anak ini kelihatan sungguh seronok dan khusyuk menonton.



Raihan dan Shairah seronok menonton filem

Menonton beramai-ramai

Menghayati jalan cerita
Selesai menonton filem spongebob squarepants, salah seorang pengasas rumah Safiyyah yang mesra dengan panggilan umi menyarankan kami untuk menonton sebuah lagi cerita. Cerita tersebut bertajuk 'Taree Zamen Par'.


Guru memberi arahan dan pengajaran filem
Cerita tersebut mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit 'dislexia' di mana mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai kesukaran untuk belajar. Hal ini kerana mereka melihat sesuatu huruf atau nombor dalam keadaan terbalik (mirrored image) contohnya terkeliru antara huruf 'b' dan 'd'. 

Umi menyarankan kami menonton cerita tersebut kerana salah seorang daripada anak Safiyyah di situ mempunyai penyakit 'dislexia' iaitu adik Najib. Walaupun menghadapi kesukaran dalam belajar, namun adik Najib dikurniakan dengan akal yang kreatif. 

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada cerita tersebut antaranya :
1) Kita perlulah memahami masalah orang lain sebelum bertindak melulu.
2) Hargai setiap insan yang hadir dalam kehidupan kita.
3) Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

-Amyra-

No comments:

Post a Comment