Thursday, May 21, 2015

Minggu keempat (belon)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah semuanya kembali bersemangat, kami pun memulakan aktiviti seterusnya iaitu belon. Anak-anak safiyyah sangat teruja dan seronok apabila kami memberikan sebiji belon kepada setiap orang. Aktiviti dengan belom diserahkan kepada ahli kami yang berada dalam setiap kumpulan.

Tutorial meniup belon

Masing-masing berjaya meniup belon sehingga besar membulat

Aizzat berusaha keras meniup belon

Izuddin bersungguh

Amyra terkejut melihat belon adik Nazirah yang sangat besar

Faqihah menunjukkan kreativitinya di atas belon
Suasana agak gawat apabila ada segelintir anak-anak safiyyah yang meletupkan belon kawan-kawan yang lain. Ramai yang terguris dan bergaduh namun suasana masih lagi terkawal. Selesai aktiviti tersebut, kami memberi sedikit nasihat kepada mereka agar tidak menanamkan sifat hasad dengki dengan meletupkan belon rakan yang lain. Masing-masing memohon maaf antara satu sama lain dan suasana kembali ceria.

Selepas itu, kami semua meneruskan lagi sesi kali ini dengan makan tengah hari bersama-sama.

Makan tengah hari

Adik Khairul mengetuai bacaan doa makan

Amyra menguruskan makanan 
-Amyra-

No comments:

Post a Comment