Thursday, May 21, 2015

Minggu kedua (Retweet)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selalu kita dengar perkataan retweet digunakan dalam laman sosial tweeter yang bermaksud menyampaikan sesuatu maklumat dari pihak lain kepada satu lagi pihak. Jadi kami mengubah aktiviti retweet dari alam maya kepada alam realiti melalui permainan. Dengar saja permainan retweet, adik-adik rumah Safiyyah tidak sabar untuk memainkannya.

Cukup mudah untuk menerangkan cara permainan retweet ini kepada adik-adik rumah safiyyah. informasi untuk permainan pertama dimulakan oleh kakak amyra dan kemudiannya dibisikkan kepada adik-adik yang lain. Cubaan pertama tidak berjaya kerana masih ada adik-adik yang masih blur dengan cara permainan. Pusingan seterusnya dimulakan oleh wakil dari adik-adik rumah safiyyah. informasi yang diberi olehnya sungguh ringkas agar kawan-kawannya dapat menyampaikan dengan baik.

   
Anak-anak Safiyyah berbisik

Faqihah menyampaikan sesuatu

Atikah cuba menahan gelak setelah mendengar bisikan Faqihah

Menunggu giliran

Objektif permainan retweet tercapai setelah beberapa pusingan permainan ini dimainkan iaitu :
i. Meningkatkan tahap komunikasi peserta.
ii. Melatih peserta untuk menyampaikansesuatu maklumat walaupun tanpabercakap

-Atikah-

No comments:

Post a Comment