Thursday, May 21, 2015

Minggu keempat (melukis)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bertarikhkan 2 May 2015, kami melaksanakan sesi akhir bersama dengan anak-anak Safiyyah. Kami tiba di rumah Safiyyah pada jam 9.30 pagi. Pada sesi kali ini, saudara Farhan tidak dapat menyertai kami kerana terlibat dengan pengurusan majlis makan malam tahunan kolej. Setibanya di sana, kami terus memberikan taklimat untuk aktiviti pada hari itu. Pagi itu dimulakan dengan aktiviti melukis.


Beratur

Sesi taklimat
Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan mendapat sehelai kertas bersaiz A4 dan setiap kumpulan perlu ada seorang ahli kami. Setiap orang dalam ahli kumpulan akan bergilir-gilir melukis sebuah objek dan yang lain perlu meneka objek tersebut.

Shairah teruja

Mari melukis

Ariz tekun melukis

Abdullah seperti di pusat tuisyen melukis

Seronok melukis

Antara kreativiti yang ditunjukkan oleh adik Hakimi

Izuddin tak menang tangan melayan kerenah mereka

Masing-masing fokus

Hakim melukis


Persidangan 
Aktiviti ini dilaksanakan untuk menguji daya kreativiti anak-anak safiyyah. Walaupun pada asalnya kami ingin membuat permainan teka lukisan, tetapi memandangkan mereka sudah tekun melukis maka kami jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti melukis sahaja. 

Selesai aktiviti melukis, kami semua dijamu untuk minum pagi.

Gembira minum pagi
-Amyra-

No comments:

Post a Comment