Pada 19 April 2015, kami menyambung lagi projek Jalinan masyarakat untuk minggu ketiga. Jarak masa yang agak lama antara minggu kedua dan minggu ketiga ini kerana terdapat cuti pertengahan semester selama satu minggu.
Seperti biasa, seawal jam 8.30 pagi kami telah bertolak ke rumah Safiyyah. Pada lawatan kami kali ini, kami telah menaiki kereta yang lebih mewah berbanding dengan minggu terdahulu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ayah Abdullah memberi pinjam kereta Starex miliknya. Seramai 9 orang dapat hadir pada sesi kali ini kerana Ariz dan Faqihah ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Pengangkutan minggu ketiga
Kasut yang dijemur oleh anak-anak Safiyyah
Seperti biasa, ketibaan kami disambut meriah. Aktiviti pertama minggu ini adalah refreshing.
No comments:
Post a Comment