Selesai permainan bang bang boom, kami semua dijemput untuk makan tengah hari. Pada minggu ketiga ini, kami makan di studio 2 sahaja tidak perlu berjalan untuk ke studio 1.
Berselera sungguh
Makan
Selesai makan, kami menunaikan solat zuhur berjemaah di studio 2 dan tidur selama setengah jam. Ada antara mereka yang degil tidak mahu tidur dan hanya pejam mata tipu-tipu sahaja. Kami hanya mampu melayan kerenah mereka yang tidak tidur.
Farhan tabah melayan kerenah Nasrin
Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan boom boom chaki dan buaya biawak. Permainan ini hanyalah permainan simple yang tidak memerlukan tenaga. permainan ini bertujuan untuk menyegarkan mereka yang baru sahaja bangun dari tidur (untuk yang tidur).
Permainan ini memerlukan kedua belah tangan dihadapan, dimana tangan kanan dihalakan ke kiri , manakala tangan kiri pula dihalakan ke kanan . Apabila pemain menyebut perkataan 'buaya' , tangan kanan dihalakan ke pemain lain yang berada dikirinya . Begitu juga 'biawak' bagi tangan kiri .
Permainan yang kelihatan mudah ini ternyata sangat menggelikan hati apabila ada antara kami terkeliru dan menyebut perkataan yang lucu , selain buaya dan biawak .
Buaya biawak
Suasana tenang
Permainan ini bermula dengan salah seorang menghala kan 2 peluru kepada orang yang berlainan . Peluru-peluru tersebut akan sambut dan dituju kepada orang yang seterusnya serentak . Permainan ini berterusan sehingga ada antara pemain yang tidak membalas kembali peluru yang telah dihalakan kepadanya .
Adik-adik safiyyah sangat teruja dengan permainan ini kerana ini kali pertama mereka memainkannya . Adik safiyyah yang kecil juga tidak ketinggalan merasakan keterujaan permainan ini, walaupun mereka kurang mengerti permainan tersebut .
Boom boom chaki chaki boom boom chaki
Objektif bagi permainan kali ini ialah :
1) Mengajar adik-adik untuk fokus dalam setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan
2) Melatih adik-adik untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
3) Membantu mereka untuk berkomunikasi denga cara yang sopan dan bertolak ansur apabila berlaku perselisihan faham
Setelah semuanya sudah bosan bermainan kedua-dua permainan tersebut, mereka membuat permintaan untuk menonton movie bersama-sama. Saya selaku ajk multimedia merasa bertanggungjawab untuk membuka cerita yang mereka ingin tonton. Cerita yang mereka pilih ialah cerita 'Night at a Museum'. Jalan cerita yang menarik dan menghiburkan itu juga terselit beberapa pengajaran iaitu kita perlulah sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan tidak mencuri tulang.
Add caption
Amyra melayan kerenah Nasrin
Menonton cerita dengan santai
Atikah melayan kerenah adik Zara Sofea
Setelah tamat cerita tersebut, kami pun membuat keputusan untuk pulang. Secara keseluruhannya, aktiviti pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun ahli kami tidak lengkap.
No comments:
Post a Comment