Setibanya kami di Rumah Safiyyah, kami telah disambut baik oleh anak-anak Rumah Safiyyah. Sistem beratur mereka lebih tersusun jika nak dibandingkan dengan cara orang dewasa beratur. Yang rendah di hadapan dan yang tinggi di belakang.
Teratur bukan?
Masuk sahaja ke dalam studio tersebut, kami terus memperkenalkan diri kepada mereka dan sebaliknya. Pada 15 minit pertama, mereka masih lagi malu-malu untuk berinteraksi dengan kami walaupun kami hanya meminta mereka untuk memperkenalkan diri sahaja.
Sesi perkenalkan diri
Namun begitu, mereka sememangnya mudah mesra kerana selesai sahaja sesi suai kenal, masing-masing mula menunjukkan belang. Ini memudahkan kami untuk berinteraksi bersama mereka dan membuat aktiviti dengan mereka. Setelah sesi suai kenal berakhir, mereka membuat sedikit aktiviti 'refreshing' sebagai menyambut kedatangan kami.
Ayuh menari
Joget sikit
Selesai persembahan daripada mereka, kami diminta untuk menguruskan pergerakan mereka untuk ke studio 1 untuk minum pagi. Jarak antara studio 2 dengan studio 1 hanyalah selang beberapa rumah sahaja. Mereka dihidangkan dengan air teh dan biskut kosong. Kami juga dijemput untuk makan sekali bersama-sama dengan mereka.
No comments:
Post a Comment