Thursday, May 21, 2015

Minggu keempat (Refleksi Peribadi)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

      Pada minggu ke-4, pihak rumah Safiyyah telah mengajak kami untuk menyertai aktiviti "picnic" atau dikenali sebagai berkemah di Setia City Mall di Shah alam. Kami telah diberitahu tiga hari awal tentang perancangan tersebut. Oleh itu, kami telah menukar pelan asal aktiviti pada hari tersebut.

      Semua aktiviti kami pada minggu keempat berjalan dengan lancar tapi terdapat sedikit kemalangan. Namun kemalangan tersebut tidaklah teruk cuma sedikit kemek di bahagian depan kereta. Walaubagaimanapun, kami tidaklah mengalami depresi selepas kejadian tersebut.

      Aktiviti kami pada minggu ke-4 agak berlainan sikit dengan minggu-minggu sebelumnya. Pada sebelah pagi kami telah melakukan beberapa aktiviti seperti meniup belon,melukis dan refreshing dan pada sebelah petang kami dan anak-anak rumah Safiyyah pergi ke Setia City Mall. Aktiviti kami di Setia City Mall amatlah santai. Kami melakukan beberapa tarian dan membantu pihak rumah safiyyah agihkan makanan kepada kanak-kanak.

      Reaksi yang ditunjukkan oleh anak-anak rumah Safiyyah amatlah positif kerana mereka kelihatan begitu gembira dan teruja dengan setiap aktiviti yang kami jalankan. Ini menunjukkan bahawa mereka juga seperti kanak-kanak yang lain, mereka memerlukan kasih sayang dan aktiviti kemasyarakatan untuk meneruskan kehidupan. Walaupun terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang kami jalankan, namun masalah itu berjaya kami atasi.

     Akhir sekali, semua perancangan kami berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak terutama sekali ahli kumpulan, kanak-kanak dan pihak rumah safiyyah. Tidak lupa juga kepada Dr.Amizah yang melawat kami di Setia City Mall. Kami amat gembira kerana tiada yang cedera ataupun tidak gembira dengan aktiviti yang dijalanlkan.Kami harap aktiviti seperti ini dapat diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama.

Sekian Terima Kasih

-Ariz-

No comments:

Post a Comment