Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Setelah berkenalan dan beramah mesra pada minggu pertama dengan anak-anak safiyyah . Pada minggu kedua, saya mula hilang rasa yakin dan tidak kekok bersama dengan anak-anak ini. Saya berasa seronok bersama mereka kerana sikap anak-anak ini tidak ubah seperti adik kandung saya sendiri. Sikap manja dan gelak tawa yang telah mereka sedekahkan kepada saya membuktikan bahawa mereka boleh menerima kedatangan saya.
Pada awal kedatangan kami, anak-anak ini akan mempersembahkan tarian mereka sendiri. Saya gemar melihat telatah anak-anak ini bersuka ria dan selalu tersenyum. Kadang-kadang akan ada seorang anak yang menangis akibat diusik rakannya sendiri. Menjadi kebiasaan sikap kanak-kanak akan mengusik rakannya sendiri. Saya pula akan menjalankan tugas saya sebagai seorang abang dengan memujuk anak itu dengan kata-kata saya sendiri. Saya tidak tahu sangat bermain dengan kata-kata untuk memujuk ini. Saya cuba untuk memujuk, akibatnya ia membuatkan saya lebih ambil berat terhadap mereka sendiri.
Setelah berseronok menari dan menyanyi dengan anak-anak ini. Pihak pengurusan safiyyah meminta pertolongan kami untuk membersihkan studio baru mereka. Saya dan rakan-rakan dengan seikhlas hati membantu pihak pengurusan membersihkan kawasan tersebut. Kalau hendak dibandingkan usaha pembersihan studio dengan perasaan simpati terhadap anak-anak ini , masih belum cukup untuk memuaskan hati saya sendiri dengan membantu anak-anak yang tidak senasib dengan anak-anak diluar sana. Anak-anak safiyyah turut membantu kami dalam gotong-royong mengemaskan studio mereka sendiri. Sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain yang boleh saya nampak ketika gotong-royong sedang berlangsung. Anak-anak safiyyah rajin membantu kami, tetapi mereka masih lagi perlu bertindak mengikut arahan. Sememangya anak-anak ini harus diperlakukan sedemikian kerana mereka masih lagi dalam proses pembelajaran. Anak-anak safiyyah ini boleh berjaya seperti orang lain dengan nilai-nilai murni yang telah diterapkan di dalam sekolah safiyyah .
Selepas selesai gotong-royong, kami mengerjakan solat asar secara berjemaah. Bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan sesama kami sesudah selesai solat jemaah. Aktiviti ini mengeratkan lagi hubungan kami yang telah terjalin. Saya berasa bersyukur dan seronok sangat dapat melayan karenah anak-anak ini. Keadaan ini saling tidak tumpah bezanya dengan keadaan di rumah dengan adek-adek saya. Bezanya di Safiyyah , saya dapat merasa kasih sayang daripada pelbagai perwatakan yang ditunjukkan oleh adik-adik safiyyah. Program ini telah mengajar saya bagaimana untuk berinteraksi dengan kanak-kanak yang bermacam ragam perangainya.
Akhir kata, saya percaya anak-anak ini akan menjadi orang yang hebat. Saya dan rakan-rakan seperjuangan saya yang lain akan sentiasa memberi sokongan untuk anak-anak ini terus berjaya. Mereka ini mempunyai potensi masing-masing dan boleh mencapai apa sahaja yang dihajati mereka. Teruskan berusaha dan meminta pertolongan dari Yang Maha Esa, In Shaa Allah berjaya !!!
-Farhan-
No comments:
Post a Comment