Friday, May 15, 2015

Mesyuarat pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada hari Rabu iaitu 25 Mac 2015, kami telah membuat mesyuarat kecil bersama dengan Dr. Amizah di pejabatnya yang terletak di Institut Sains Matematik. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 9.40 pagi. Mesyuarat tersebut dilaksanakan adalah untuk membentangkan perbincangan akhir kami untuk melakukan program bersama anak-anak Safiyyah dengan lebih terperinci. Seramai 9 orang ahli kami yang hadir pada mesyuarat tersebut dan selebihnya tidak hadir atas sebab-sebab tertentu.

Mukadimah

Semua fokus

Atikah tekun mendengar penerangan

Dr. Amizah bersungguh menerangkan kepada kami mengenai kursus Jalinan Masyarakat ini
Kami cuba sedaya upaya untuk mencari dan mencuri masa untuk sentiasa meng'update' dengan Dr. Amizah mengenai segala pergerakan kami untuk kursus ini. Dengan izin Allah, kami akan memberikan kerjasama yang terbaik dalam melaksanakan projek ini.

-Amyra-

No comments:

Post a Comment