Wednesday, June 3, 2015

Refleksi Peribadi Farhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini harus kerap kali dilakukan oleh semua penuntut universiti. Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Setidak-tidaknya dapatlah juga saya menjalinkan hubungan dengan masyarakat daripada memerah otak di dalam bilik sahaja.

Tenaga yang saya hulurkan untuk membantu anak-anak safiyyah ini tidak akan berhenti di dalam program universiti ini. Saya akan membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di luar sana seperti yang saya lakukan di rumah safiyyah. Anak-anak seperti ini merupakan penjamin masa hadapan kita juga.

Kegembiraan saya bersama anak-anak safiyyah tidak akan saya lupakan begitu sahaja. Kasih sayang yang mereka curahkan kepada saya dengan mengaggap diri saya ini sebagai abang sangat bernilai. Akhir kata daripada saya, saya berharap dapat berjumpa lagi dengan anak-anak safiyyah ini.Saya mendoakan mereka ini selamat berjaya di dunia dan di akhirat.

-Farhan-

No comments:

Post a Comment