Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masa 5 minggu bersama anak-anak safiyyah merupakan masa yang amat bermakna kepada saya. Pelbagai perkara yang saya pelajari sepanjang meluangkan masa bersama mereka. Pertama sekali, dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada kerana tidak semua orang ada apa yang kita ada. Nikmat yang dikurniakan Illah perlulah dihargai dan digunapakai untuk memberi manfaat kepada orang lain. Anak-anak safiyyah mungkin tidak ada apa yang kita ada semasa kecil, namun saya pastu mereka juga mempunyai sesuatu yang kita tiada pada masa dahulu. Seterusnya, alangkah indahnya hidup ini sekiranya semua orang saling membantu antara satu sama lain. Saya amat gembira apabila dapat membantu pihak rumah safiyyah menjaga anak-anak safiyyah itu sendiri. Sekurang-kurangnya, kami dapat meringankan sedikit-sebanyak beban mereka untuk menjaga anak-anak Safiyyah. Kami akan sentiasa ingat kepada pesan Mummy, kita membantu orang bukan kerana kita ada segalanya, tetapi kita membantu kerana kita tahu bagaimana rasanya untuk tidak punyai apa-apa. Sebagai penutup, sememangnya subjek jalinan masyarakat ini memberikan banyak pengajaran dan nilai kepada kita yang mungkin terlepas pandang pada hari ini dek kesibukan kehidupan dunia.
-Izuddin-
No comments:
Post a Comment