Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Berakhirlah sudah projek jalinan masyarakat di Rumah Safiyyah. Sebak hati ini ingin mengakhiri projek ini. Sesunguhnya banyak yang saya pelajari selama menjalankan projek jalinan masyarakat di Rumah Safiyyah. Tambahan pula ini merupakan kali pertama saya mengamalkan kerja-kerja amal sebegini dan inilah pengalaman pertama saya. Saya telah banyak mempelajari untuk berkongsi kasih sayang bersama-sama anak-anak Safiyyah. Mereka ini tediri daripada latar belakang keluarga yang berbeza. Ada yang terdiri daripada keluarga yang berantakan dan ada yang mengalami masalah kewangan mahupun kehilangan ibu bapa. Kekurangan yang mereka alami ini banyak mengajar saya untuk bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Dalam erti kata lain, saya amat bersyukur kerana masih lagi mempunyai ibu bapa yang mampu menjaga dan mendidik saya. Melihat mereka yang serba kekurangan, saya juga selami apa yang mereka rasa. Terhibur hati ini melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran kami. Saya juga tidak lupa untuk berkongsi tips-tips dan pengalaman menduduki peperiksaan penting. Mereka bersungguh ingin megetahui tips-tips kerana mereka juga ingin membuat ibu bapa mereka bangga dengan mereka. Namun, jalinan Safiyyah tidak akan terhenti di sini. In shaa Allah jika ada umur yang panjang, kami akan melawat mereka.
-Atikah-
No comments:
Post a Comment