Thursday, May 21, 2015

Majlis Penutup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tanggal 4 Mei mungkin  merupakan hari terakhir kami bersama dengan kanak-kanak Safiyyah. Tetapi ini bukanlah penamat akhir jalinan kami terhadap Safiyyah kerana saat tersebut adalah salah satu memori yang sangat indah dan tidak dapat dilupakan.

Kami tiba di Rumah Safiyyah pada pukul 12.30 tengah hari. Kami disambut dengan begitu meriah.Anak-anak Safiyyah telah tiba dan beratur menunggu ketibaan kami.

Hadiah kenangan kepada Rumah Safiyyah


Hari terakhir
Majlis kesyukuran bersama siswa siswi Universiti Malaya sangat bermakna buat kami. kami dijamu dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Kami menikmati hidangan tersebut bersama kanak-kanak Safiyyah dan staf-staf di situ. Sungguh seronok dapat melihat senyuman dan gelak tawa mereka.

"Syukran Jazilan Siswa-siswi UM :)"

Ceria

Jamuan makan
Kemudian, kami solat Zuhur secara berjemaah. Acara penutup bermula setelah selesai solat berjemaah. Acara ini dimulai dengan bacaan doa oleh salah seorang staff Rumah Ssfiyyah tersebut diikuti dengan ucapan dan kata-kata aluan daripada pengurus rumah tersebut. Kemudian, Imran, ketua kami pula memberi ucapan penghargaan kepada kanak-kanak Safiyyah. Tidak dilupakan juga kepada staff-staff Safiyyah yang menyambut kami dengan mesra.

Solat jemaah terakhir bersama-sama anak-anak Rumah Safiyyah

Anak-anak Rumah Safiyyah
Anak-anak Safiyyah kemudian membuat persembahan untuk kami. Mereka menyanyi beberapa buah lagu sambil menari.sebak bila melihat betapa mereka bersyukur ada pihak yang meraikan mereka. Kami juga tidak lupa bergambar dan berselfie bersaa mereka sebagai tanda kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kami juga mengadakan jamuan pizza oleh kami  bersama warga Safiyyah dan menyumbang beberapa barang keperluan dapur. Sebak bila melihat mereka gembira dengan sedikit sumbangan yang tak seberapa pada pandangan mereka.


Masing-masing teruja menunggu persembahan
Kami juga diberi penghargaan apabila pengurus Rumah Safiyyah memberikan sijil penghargaan kepada kami. Kami berasa sungguh terharu, kami juga tidak lupa untuk memberi cenderhati sebagai tanda kenangan kepada Rumah Safiyyah iaitu kad saiz besar berserta dengan gambar-gambar polaroid yang terkandung kenangan indah kami bersama mereka.

Abdullah menyampaikan hadiah kenangan daripada kami kepada Kak Aza

Penyampaian sijil


Penyampaian sijil

Group photo

Penampakan keterujaan seorang guru

Syazwan terhimpit 

"Dah macam artis dah aku" - Atikah
Setelah puas mengambil gambar bersama, kami makan pizza yang kami beli sebelum tiba di Rumah Safiyyah bersama-sama dengan penghuni Rumah Safiyyah. Kami berasa sangat bahagia dan seronok melihat mereka ceria dengan pemberian kami yang tidak seberapa itu berbanding dengan memori yang telah kami lalui selama beberapa kali membuat aktiviti bersama.

Sedap

Berebut pizza
Tibalah masa untuk kami berpisah dengan mereka kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, kami berjanji moment ini tidak akan terhenti di sini. In shaa Allah jika umur masih panjang, kami akan melawat mereka jika berkesempatan.

Beratur merupakan keutamaan mereka

Persembahan akhir sebelum bersalaman dan berpisah

Ariz tenang walaupun dalam hati sedih

Faqihah sempat ber-selfie
Amyra bersama dua beradik Zarif
Pengalaman sebegini merupakan sesuatu yang baru bagi kami dan ianya meninggalkan kenangan yang sungguh bererti untuk diingati. Semoga bertemu lagi adik-adik manis. Semoga menjadi anak yang berguna pada masa hadapan. Kakak-kakak dan abang-abang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik-adik.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana sesungguhnya masih ramai lagi yang kurang bernasib baik di luar sana. Jangan bandingkan diri kita dengan mereka yang berada di atas, tetapi bandingkan diri dengan mereka yang berada di bawah kerana barulah kita akan mengerti apa makna bersyukur. Alhamdulilah..

-Atikah-

Minggu keempat (Refleksi Peribadi)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

      Pada minggu ke-4, pihak rumah Safiyyah telah mengajak kami untuk menyertai aktiviti "picnic" atau dikenali sebagai berkemah di Setia City Mall di Shah alam. Kami telah diberitahu tiga hari awal tentang perancangan tersebut. Oleh itu, kami telah menukar pelan asal aktiviti pada hari tersebut.

      Semua aktiviti kami pada minggu keempat berjalan dengan lancar tapi terdapat sedikit kemalangan. Namun kemalangan tersebut tidaklah teruk cuma sedikit kemek di bahagian depan kereta. Walaubagaimanapun, kami tidaklah mengalami depresi selepas kejadian tersebut.

      Aktiviti kami pada minggu ke-4 agak berlainan sikit dengan minggu-minggu sebelumnya. Pada sebelah pagi kami telah melakukan beberapa aktiviti seperti meniup belon,melukis dan refreshing dan pada sebelah petang kami dan anak-anak rumah Safiyyah pergi ke Setia City Mall. Aktiviti kami di Setia City Mall amatlah santai. Kami melakukan beberapa tarian dan membantu pihak rumah safiyyah agihkan makanan kepada kanak-kanak.

      Reaksi yang ditunjukkan oleh anak-anak rumah Safiyyah amatlah positif kerana mereka kelihatan begitu gembira dan teruja dengan setiap aktiviti yang kami jalankan. Ini menunjukkan bahawa mereka juga seperti kanak-kanak yang lain, mereka memerlukan kasih sayang dan aktiviti kemasyarakatan untuk meneruskan kehidupan. Walaupun terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang kami jalankan, namun masalah itu berjaya kami atasi.

     Akhir sekali, semua perancangan kami berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak terutama sekali ahli kumpulan, kanak-kanak dan pihak rumah safiyyah. Tidak lupa juga kepada Dr.Amizah yang melawat kami di Setia City Mall. Kami amat gembira kerana tiada yang cedera ataupun tidak gembira dengan aktiviti yang dijalanlkan.Kami harap aktiviti seperti ini dapat diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama.

Sekian Terima Kasih

-Ariz-

Minggu keempat (Picnic)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah habis makan tengah hari, kami dijemput oleh pengasas rumah Safiyyah, Umi untuk pergi ke Setia City Park untuk berkelah bersama dengan anak-anak ini. Tanpa melengahkan masa, kami pun terus menuju ke destinasi. Setibanya kami di sana, pada mulanya kami agak bingung dimanakah tempat spesifik yang mereka pergi kerana kami masing-masing tidak pernah pergi ke Setia City Park.

Setia City Convention Centre
Tidak lama kemudian, Dr. Amizah tiba dan kami berhubung dengan Umi mengenai tempat tersebut.


Dr. Amizah sungguh bergaya

Bingung dengan lokasi 

Setia City Mall
Setelah menjumpai lokasi akhir kami pun mulakan aktiviti bersama mereka.

Beratur 

Para pengasas dan guru Rumah Safiyyah

Pishang

Posisi untuk menari

Kami menari di hadapan

Atikah menguruskan makanan

Izuddin dan Afiqah berganding bahu

Satu kumpulan 4-5 orang

Dr. Amizah 
Secara keseluruhannya, sesi keempat ini berjalan dengan lancar seperti yang dijangka. Ini merupakan sesi terakhir bersama mereka. Majlis penutup akan diadakan dua hari akan datang.

Dari kiri : Izuddin, Atikah, Raihan, Amyra, Dr. Amizah, Shairah, Abdullah, Afiqah, Syazwan, Ariz
Tiada dalam gambar : Farhan
Jurukamera : Stranger
-Amyra-

Minggu keempat (belon)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah semuanya kembali bersemangat, kami pun memulakan aktiviti seterusnya iaitu belon. Anak-anak safiyyah sangat teruja dan seronok apabila kami memberikan sebiji belon kepada setiap orang. Aktiviti dengan belom diserahkan kepada ahli kami yang berada dalam setiap kumpulan.

Tutorial meniup belon

Masing-masing berjaya meniup belon sehingga besar membulat

Aizzat berusaha keras meniup belon

Izuddin bersungguh

Amyra terkejut melihat belon adik Nazirah yang sangat besar

Faqihah menunjukkan kreativitinya di atas belon
Suasana agak gawat apabila ada segelintir anak-anak safiyyah yang meletupkan belon kawan-kawan yang lain. Ramai yang terguris dan bergaduh namun suasana masih lagi terkawal. Selesai aktiviti tersebut, kami memberi sedikit nasihat kepada mereka agar tidak menanamkan sifat hasad dengki dengan meletupkan belon rakan yang lain. Masing-masing memohon maaf antara satu sama lain dan suasana kembali ceria.

Selepas itu, kami semua meneruskan lagi sesi kali ini dengan makan tengah hari bersama-sama.

Makan tengah hari

Adik Khairul mengetuai bacaan doa makan

Amyra menguruskan makanan 
-Amyra-

Minggu keempat (Refreshing)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah selesai makan, kami melihat anak-anak safiyyah seperti lesu dan tidak bermaya. Maka kami bercadang untuk melaksanakan aktiviti refreshing seperti biasa bagi menceriakan suasana.

Beratur

Raihan dan Izuddin mengawal keadaan

Mari berjoget

Ariz dan Abdullah melihat Shairah teruja menari

Semangat

Dari puncak ingin ke angkasa~
Alhamdulillah setelah selesai aktiviti refreshing, mereka semua sudah kembali bersemangat.

-Amyra-